IPB

Welcome Guest ( Log In | Register )

NOTICE
Hello, it's been a while. Actually I want to retire this site since I can't manage it anymore. If any of you interesting to admin this site further, I don't care you want to reset this forum, create new forum or new community site as long it related to anime, manga or game.
I glad to help you in anyway I can, and I can host the site for free, since I own the server. If any of you have any interest and dedicated enough feel free to contact me at
In mean time you can check our sister site, Anime-Malay dot NET
 Forum Rules Undang2 di sini!!
2 Pages V   1 2 >  
Reply to this topicStart new topic
Mari Berbalas-Pantun
echo_night
post Dec 1 2005, 09:01 AM
Post #1


Metal Gear
**********

Group: Members
Posts: 1,268
Thank(s): 33
Joined: 11-June 04
From: outer heaven
Member No.: 6,691



Saja nak test kreativiti korang berpantun,…

Syarat-syarat:

1.Macam pesta pantun…mesti ada yang ‘jual’ dan ‘beli’…korang kena balas kalu ada orang jual pantun dengan reply pantun berkenaan. Takleh asyik nak menjual je.

2.Pantun Din Beramboi tak dibenarkan sama-sekali (pantun yang berkait dengan pembayang) cth:
Dua tiga kucing berlari,
Mana nak sama sikucing belang,
Kenapa kucing nak lari,
Sebab takut kat sang belang?.


3.Malay sahaja..rojak dan bahasa asing …reject!
cth: two three neko running,
tak sama as the stripe cat….so on.


4.Pantun mesti empat kerat penuh…pantun dua kerat takleh!
Korang boleh post pantun lebih dari satu…tapi tak boleh terlampau banyak.

Itu je rules dia buat masa ni…tak kiralah pantun korang berkaitan ngan apa..asal logik dan rasional(seloka/gurindam/teka-teki..etc). Kalau nak komen tambah PS atau OT kat bawah pantun.

Itu je…selamat berpantun (IMG:http://forum.saiyaman.info/style_emoticons/default/tongue.gif)

Aku mula dulu…

Dengar ya…

Budak-budak makan ubi,
Tapi terlupa nak beri kat abang,
Buat apa korang nak mencari
Kan senang ambik dekat orang.

Ramai orang buat kenduri,
Ada yang datang tak dipelawa,
Musim cuti ni tak ade aktiviti?,
Takkan nak menghadap komputer saja.
Go to the top of the page
 
+Quote Post
sache
post Dec 1 2005, 09:29 AM
Post #2


Allexandria : What Is Sexy
**********

Group: Members
Posts: 8,620
Thank(s): 206
Joined: 10-March 05
From: Worse Roads In Malaysia, Malacca Shucks and also S.Petani

Member No.: 8,415



Aku cube ye,

Makan nasik goreng mamak depan tivi,
Lepas makan tak tahu nak gi mane,
Kalu dah takde aktiviti,
Ape lagi kalu tak main game.
Go to the top of the page
 
+Quote Post
sharingan devil
post Dec 1 2005, 11:58 AM
Post #3


new type
**********

Group: Members
Posts: 3,462
Thank(s): 101
Joined: 27-August 04
From: gunma-ken, japan
Member No.: 7,343



dah berapa tahun aku x berpantun....

indah benar bintang di langit
sejuk benar musim berganti
alamak apa yg bau hangit
aku lupa tutup api kuah lagi.... !!!(@д@;)


sedar tak sedar dah masuk disember
duit plak masuk januari ni
sudah lepas bulan november
apa matlamat korang bulan ni?

This post has been edited by sharingan devil: Dec 1 2005, 12:02 PM
Go to the top of the page
 
+Quote Post
joker_jr
post Dec 2 2005, 09:35 AM
Post #4


Fafner
**********

Group: Members
Posts: 2,705
Thank(s): 731
Joined: 1-March 05
From: "next station, taman melati"
Member No.: 8,355



katak puru bawah titi
nampak ular cabut lari
aku baru mula cuti
makan tido hari-hari
Go to the top of the page
 
+Quote Post
Ghost
post Dec 2 2005, 12:53 PM
Post #5


Hokage
*********

Group: Members
Posts: 797
Thank(s): 64
Joined: 6-November 05
From: Traffic Section of Bokuto Station
Member No.: 11,150



makan tido hari hari..
orang mintak tolong cabut lari...
result exam tak kuar lagi...
biar tinggi lar result aku kali ni...
Go to the top of the page
 
+Quote Post
zack
post Dec 3 2005, 07:40 PM
Post #6


Metal Gear
**********

Group: Members
Posts: 1,288
Thank(s): 6
Joined: 8-June 03
Member No.: 66



woh~ lama dh akutak reka pantun


Berjalan jauh sampai penat,
akhirnya sampai jua ke kedah,
result aku dah hampir dapat,
jantung berdebar-debar tak sudah.
Go to the top of the page
 
+Quote Post
samurice
post Dec 4 2005, 01:25 PM
Post #7


Metal Gear
**********

Group: Members
Posts: 1,827
Thank(s): 13
Joined: 30-December 04
From: Kyoto
Member No.: 8,068



jantung berdebar tak sudah sudah,
letih studi pun tak hilang lagi,
apa nak risau perkara yg sudah,
kalau pngk rendah usaha lagi.
Go to the top of the page
 
+Quote Post
majin_poo
post Jan 12 2006, 07:47 AM
Post #8


Gundam Pilot
******

Group: Members
Posts: 84
Thank(s): 3
Joined: 22-December 05
Member No.: 11,725



Ok,aku jual nih...

Baca Manga di tempat terang,
Gelak sampai nak pecah gusi,
Asyik puji kreativiti org,
Bile pula nak baiki diri?


Cucur atap daripada rumbia,
Getah pokok di buat pelekat,
Asyik tgk Anime-Manga,
Kerje rumah bile nak buat?



Woh,susah wo nak jumpe thread yg menyokong kebudayaan Melayu nih!
Cikgu BM tgk,tabik spring woo...
Go to the top of the page
 
+Quote Post
Artemis
post Jan 12 2006, 08:50 AM
Post #9


Hokage
*********

Group: Members
Posts: 779
Thank(s): 1
Joined: 12-January 06
From: Duta Vista K.L
Member No.: 11,987



wokeh,aku beli pantun tuh

memberus gigi bersama gusi
gigi diberus diwaktu petang
diri dibaiki setiap hari
kreativiti orang menjadi panduan

mari memancing ikan sepat
pergi memancing di tepi pantai
kerja rumah harus dibuat
jangan pulak menonton hentai.
Go to the top of the page
 
+Quote Post
Hakim
post Jan 12 2006, 09:37 AM
Post #10


Fafner
**********

Group: Members
Posts: 2,127
Thank(s): 167
Joined: 7-August 05
From: diatas bumi bertuah
Member No.: 10,163



buku dibeli dipasar malam,
terjumpa pula dengan si Nyonya,
dah tahu hentai tu haram,
buat ape nak menontonnya.

guru besar berjalan-jalan,
terjumpa pula si budak seberang,
aku download movie tak jalan-jalan,
100 kb jer sampai sekarang...
Go to the top of the page
 
+Quote Post
echo_night
post Jan 12 2006, 01:38 PM
Post #11


Metal Gear
**********

Group: Members
Posts: 1,268
Thank(s): 33
Joined: 11-June 04
From: outer heaven
Member No.: 6,691




Orang gila curi besi
Konon nak jual kat kedai pajak
Anime Hentai perlu dijauhi
Tapi heran ada orang nak download jugak


Ramai orang hisap rokok
Dalam sehari sampai sebelas
Memang best hari esok
Sehari suntuk takde kelas
Go to the top of the page
 
+Quote Post
Artemis
post Jan 13 2006, 03:39 AM
Post #12


Hokage
*********

Group: Members
Posts: 779
Thank(s): 1
Joined: 12-January 06
From: Duta Vista K.L
Member No.: 11,987



aku nak jual sikit

Anak kambing berlari lari
sambil memandang kearah sungai
kalau anda bijak bestari
apa yang best selain hentai?

bersama kita merenung bulan
bulan direnung di malam hari
perisian diimport berkoyan koyan
kenapa masih mencari pirasi
Go to the top of the page
 
+Quote Post
Ghost
post Jan 13 2006, 03:45 AM
Post #13


Hokage
*********

Group: Members
Posts: 797
Thank(s): 64
Joined: 6-November 05
From: Traffic Section of Bokuto Station
Member No.: 11,150



QUOTE
bersama kita merenung bulan
bulan direnung di malam hari
perisian diimport berkoyan koyan
kenapa masih mencari pirasi


pergi ke dapur amik nasi..
jangan dilupa budu sekali..
ramai orang mencari software pirasi..
kerana ia murah sekali..
Go to the top of the page
 
+Quote Post
Artemis
post Jan 13 2006, 04:10 AM
Post #14


Hokage
*********

Group: Members
Posts: 779
Thank(s): 1
Joined: 12-January 06
From: Duta Vista K.L
Member No.: 11,987



aku jual lagi:

tifa dan cloud bermain selambut
cid dan vincent datang mengacau
menonton anime terasa serabut
salah tak tau tiba dihalau.

hah? sape nak beli...
Go to the top of the page
 
+Quote Post
Hakim
post Jan 13 2006, 11:32 AM
Post #15


Fafner
**********

Group: Members
Posts: 2,127
Thank(s): 167
Joined: 7-August 05
From: diatas bumi bertuah
Member No.: 10,163



er..dok paham..jdi takleh beli...aku beli yg lain

QUOTE
Anak kambing berlari lari
sambil memandang kearah sungai
kalau anda bijak bestari
apa yang best selain hentai?



Anak kambing bermain tali,
sampai terjatuh kedalam sungai,
saya bukan bijak bestari,
tapi kaset ceramah agama lebih baik dihayati...
Go to the top of the page
 
+Quote Post
majin_poo
post Jan 13 2006, 03:30 PM
Post #16


Gundam Pilot
******

Group: Members
Posts: 84
Thank(s): 3
Joined: 22-December 05
Member No.: 11,725



Aku beli
QUOTE
Anak kambing berlari lari
sambil memandang kearah sungai
kalau anda bijak bestari
apa yang best selain hentai?


Makan jagung di tepi sungai,
Jumpe doktor buat terapy,
Takde kerje tgk hentai,
Makanlah KFC original resepi.


Jalan2 di tepi pantai,
Bersihkan diri tepi perigi,
Dok buat dosa tgk hentai,
Nape tak cari je sorang isteri!?


Beli lagi satu
QUOTE
bersama kita merenung bulan
bulan direnung di malam hari
perisian diimport berkoyan koyan
kenapa masih mencari pirasi


En Mutu buat capati,
Utk dimakan pemandu lori,
Dah memang senang utk didapati,
Tak kering duit nak beli yg ori.


This post has been edited by majin_poo: Jan 17 2006, 06:48 AM
Go to the top of the page
 
+Quote Post
Hakim
post Jan 13 2006, 03:34 PM
Post #17


Fafner
**********

Group: Members
Posts: 2,127
Thank(s): 167
Joined: 7-August 05
From: diatas bumi bertuah
Member No.: 10,163



aku jual

Mandi manda di sungai tanjung,
baju diletak didalam kantung,
mengapa artis disanjung-sanjung,
walaupun bukan kita yg untung...
Go to the top of the page
 
+Quote Post
echo_night
post Jan 14 2006, 12:31 AM
Post #18


Metal Gear
**********

Group: Members
Posts: 1,268
Thank(s): 33
Joined: 11-June 04
From: outer heaven
Member No.: 6,691



QUOTE (AbaraiRenji @ Jan 13 2006, 03:34 PM) *
aku jual

Mandi manda di sungai tanjung,
baju diletak didalam kantung,
mengapa artis disanjung-sanjung,
walaupun bukan kita yg untung...



Kereta berhenti dibahu jalan
Makan nasi dengan pegaga
Setiap manusia taksubkan hiburan,
Sampai artis dianggap idola.



Aku try jual...


Mandi-manda guna perigi
Semua lari bila nampak ular
Malaysia dah buat hanset sendiri
Kenapa sokong jenama luar?
Go to the top of the page
 
+Quote Post
Artemis
post Jan 14 2006, 01:28 AM
Post #19


Hokage
*********

Group: Members
Posts: 779
Thank(s): 1
Joined: 12-January 06
From: Duta Vista K.L
Member No.: 11,987



QUOTE
Mandi-manda guna perigi
Semua lari bila nampak ular
Malaysia dah buat hanset sendiri
Kenapa sokong jenama luar?


jawapnya:

Ular Sawa Birlengkar-lingkar
Memelit Orang Di tepi Perigi
Henpon Di beli jenama luar
lebih fungsi lebih kualiti
Go to the top of the page
 
+Quote Post
majin_poo
post Jan 14 2006, 05:46 AM
Post #20


Gundam Pilot
******

Group: Members
Posts: 84
Thank(s): 3
Joined: 22-December 05
Member No.: 11,725



QUOTE
Mandi-manda guna perigi
Semua lari bila nampak ular
Malaysia dah buat hanset sendiri
Kenapa sokong jenama luar?

Aku beli...

Pandu lelaju sambil pegang stereng,
Tgk Senario tak tahan gelak,
Promosi dier pun kureng,
Nak org tolong support lak?
Go to the top of the page
 
+Quote Post

2 Pages V   1 2 >
Reply to this topicStart new topic

 



RSS Lo-Fi Version Time is now: 25th October 2014 - 06:14 AM